Kursus Asas Komputer MS Word

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Febuari 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kursus asas Komputer MS Word di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SMK Julau 2 terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 12:30 petang sehingga 5:00 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan harian.

Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word. serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali